Jom Mula

Saya kembali..

Kembali untuk berapa lama itu tidak pasti. Cuma biarlah aku punya masa dan kekuatan untuk berblogging ni. Banyak sangat hal yang telah berlaku dalam hidup aku bermula dari entri terakhir itu hingga kini. Ingin berkongsi dengan kalian tapi tak mampu mengingati cerita yang ingin di kongsi..

Alhamdulillah peperiksaan akhir semester kali ini telah selesai aku jalani, sepatutnya exam habis aku patut gembira dan lega, ini lain plak. Aku rasa takut, sedih, sunyi dan macam-macam. Hurm entah teman rapat yang selalu lepak dengan aku bila hujung minggu pula dah memulakan kerjaya baru beliau..

Walaupun peperiksaan akhir dah habis, aku masih belum mampu untuk berehat atau betulkan otak yang dah memang weng ni. Aku dah mula fikir nak kemas pakaian yang patut dibawa ke rumah sewa sebabnya minggu hadapan aku dah mula praktikal. Haa aku tak jadi buat praktikal dekat bangi, tapi aku akan menjalani latihan industri aku di shah alam. Doakan aku yer..

So bermula saat ini, aku akan mula update blog macam dulu-dulu..
konsepnya kekal sama, sebab ni blog aku so suka ati akulah kan nak tulis apa..
aku hanya tulis dari pandangan aku sahaja.. tak suka beri teguran.. insyaAllah aku perbaiki mana yang kurang..

~

Comments

flyz said…
wish u luck fren!!!!

Popular Posts