Happy Mother's Day
Bila tiba bulan Mei aku ada gembira dan aku ada juga sedihnya. Gembira sebab ramai juga kawan yang sambut birthday bulan Mei ni. Yang sedihnya sebab bulan ini, bulan perayaan Hari Ibu.
3o Oct aku dilahirkan ditunjukkan dunia kepada aku sehingga hari ini. Pernah aku tanya mama aku, "abg dulu dilahirkan macam ne?" mama jawab "aku ni dilahirkan melalui pembedahan sebabnya cara normal tak dapat, serviks tak buka or apa ntah. Dulu tak faham erti kesakitan pembedahan itu, sekarang luka di tangan pun terasa sakit inikan pula kesusahan seorang ibu melahirkan anaknya.
Dalam 2 3 minggu aku kat shah alam ni, aku sering teringat. Bau masakan mama sering menerpa hidung aku. Entah khayalan atau aku sememangnya terlalu merindui mama aku. Tengok anak kecil dengan hadiah untuk ibu mereka sememangnya buat aku iri hati kerana aku tak mampu lagi untuk beri hadiah pada hari ini mahupun perayaan lain.
Untuk bonda Allahyarhamah Hjh Nik Khuzaimah, dikau berikan aku peluang untuk hidup, beri aku kenangan untuk hargai, beri aku adik-adik untuk jadi teman, beri aku pengajaran sebagai bekalan, terlalu banyak dikau berikan sehingga diri ini tak mampu dan tak sempat nak membalasnya. Hanya doa yang aku kirimkan agar dirimu tenang disana. Pesanan mu tidak sekali dilupakan, tidak sekali diabaikan. InsyaAllah.

Happy Mother's Day to All Mom!!~
Comments