Cerita Budak Kecil

Semasa pulang dai kerja tadi, aku singgah jap kat gerai jual kuih seperti selalu. Tak ramai orang pun cuma ada akak yang sedang tunggu turn dia dan dua budak lelaki yang baru balik dari kelas agama kot. Budak ni memang kecik lagi, sekolah rendah dalam darjah 2 or 3. Ini ceritanya..

Budak A: Makcik keropok lekor 2 ringgit.. Makcik 2 ringgit eh

Makcik Penjual: Sabar, ikut giliran (sangat mak-mak yer)

Budak B: Haa tunggulah jap.. ikut giliran..

dah selesai budak A beli apa yang dia mau, selepas itu budak B pula datang..

Budak B: Hello.. Makcik nak keropok lekor singgit.

Makcik Penjual: Bagilah salam, mat saleh mana hello-hello ni?

Budak B: Assalamualaikum.. makcik keropok singgit.

Makcik Penjual: Haa macam tu lah, kan elok..

Pakcik Penjual tengok aku duk tersenyum lepas tu terus dia cakap "anak-anak zaman sekarang lain masa zaman pakcik"

Aku masih tersenyum sambil bawak motor.

Comments

Popular Posts