Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Setiap orang dari kita mesti membesar dengan persekitaran yang berbeza dan mempunyai pelbagai kenangan. Kerana aku tiada sangat kerja kat ofis, aku rajin sangat muat turun sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" yang mengingat aku kepada zaman kecil aku.

Kalau tak silap aku dulu kat tv3, sitkom ini ditayangkan pada hari ahad jam 9malam atau 10malam. Kebetulan kat tempat aku tinggal dulu, hari ahad ada pasar malam, jadi petang jer pi pasar malam, malam jer terus lepak depan tv dengan ayah, mama atok nenek, sepupu duk layan cerita ni. Gelak ramai-ramai, sangat best.

Sekarang aku duk tengok dan gelak sorang-sorang, dalam tawa aku terkenangkan saat kanak-kanak aku tu~ tersenyum aku sendirian sebab sitkom ni beri aku memori yang terindah, saat yang aku rindui.

p/s: mood lara~

Comments

Popular Posts