Sedih

11 minggu dah berlalu, minggu hadapan merupakan minggu terakhir aku di Shah Alam. Alhamdulillah 12 minggu disini buat aku kembali di dunia nyata berfikir tentang kitaran kehidupan yang bakal aku tempuhi kelak. Duduk dibawah satu bumbung dengan pelbagai ragam pekerja menjadikan aku lebih matang untuk berfikir soal kehidupan. Secara keseluruhan aku tidak memilih bila disuruh, jadi driver untuk bos pun aku tidak membantah hanya kerana pengalaman yang ingin aku miliki. Sejujurnya aku tidak gembira untuk berada disitu lebih lama atas alasan, kesemua disitu sememangnya talam 2 muka, faham-faham lah~ Yang ketua, asyik asyik menyebelahi anak buah yang hanya buat kerja bila nampak beliau, belakang beliau sibuk bermuka buku mahupun bermain game. Yang kaki kipas pula tetap dengan usaha mengipas sana sini, bila ditanya terkial-kial menjawab. Minggu terakhir buat aku gembira, sangat gembira sebabnya tidak lagi aku perlu menahan sakit hati dan bebanan perasaan. Kadang-kadang timbul perasaan kasihan akan pekerja bawahan yang tidak memiliki suara yang lantang untuk membela mereka.

Inilah kehidupan~ pilihla seawal usia, mana satu yang ingin anda jadi dewasa kelak. Bila berjaya jangan pula lupa orang bawah, beri mereka peluang untuk bersuara. Maaflah aku memang tidak mengamal semangat kenegerian~

Kecewa dengan nenek aku, semakin meningkat usia semakin pelik aku tengok beliau. Mungkin di mata beliau aku 3 beradik ini hanya menumpang. Buruk kami kekal kelihatan, baik kami dipandang tidak. Sebagai abg long, aku cuba mengamalkan nilai keterbukaan bila berbicara dengan adik-adik aku, supaya mereka punyai peluang untuk bercakap. Supaya aku dapat memahami mereka dan memenuhi kehendak mereka. Aku cuma nak merealisasikan impian arwah bonda, jaga adik-adik sebaik mungkin. Mohon perlindungan DIA untuk keluarga aku. Bukan bermakna aku benci atau tidak suka akan nenek aku, cuma aku berharap beliau sedar dan buka mata akan apa yang berlaku. Pilih kasih dah lama aku terasa, semenjak kecil lagi.. kata ayah sabar. Seburuk-buruk kami, kami masih hormat akan mereka.

Maaflah entry kali ini berunsur begini.. Luahan yang terpendam harus aku kongsi supaya tak meletup menyebabkan aku gagal berfikir. Jesteru untuk mengelak dari perkara tak diingini, aku kongsi dengan kalian ceritera hati aku.


p/s: i have my own right to speak!!

Comments

bukankosong said…
hurrmm...biasala hidup..xpe yg penting kita jgn jadi mcm diowg..

Popular Posts