Exclusive Concert : Satu

Hey guys!! are you a big fan of Siti Nurhaliza? Yeah our own number one diva in Malaysia! Untuk sekelian alam On 26th - 28th June 2009 there will be an exclusive concert by Dato Siti Nurhaliza named as Satu at Istana Budaya. I bet it will be a superb concert from her and i'm so excited to go to this concert!! Already bought a ticket with my friends.




let me share with u guys an article from Utusan.com.my review about this coming concert:

Dari raut wajah dan tutur katanya sahaja, sudah cukup membuktikan anak pasangan Allahyarham Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik ini begitu teruja dan berdebar menantikan konsert solonya. Konsert itu bakal membuka tirainya selama tiga malam berturut-turut bermula 26 Jun ini.

Apatah lagi, setelah sekian lama dia sendiri tidak beraksi dalam konsert solo seperti mana yang pernah dilakukannya sewaktu zaman anak dara di Bukit Jalil serta konsert percuma di seluruh negara.

Sebelum ini di Panggung Sari, IB dia pernah mengadakan persembahan berupa konsert tribute kepada Allahyarham Sudirman (2002) serta Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma (2007).

Menjanjikan sebuah persembahan yang ekstravaganza dan hebat, Siti memberitahu konsert anjuran Yayasan Nurjiwa dan diselia serta diterbitkan oleh SNP itu adalah seumpamanya di negara ini.

Bukan sebuah konsert biasa kata Siti, kerana muzik, efek, tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal semuanya digabungkan menjadi satu lalu membentuk sebuah persembahan yang cukup istimewa menerusi lagu-lagu yang disampaikan.

Walaupun konsert Satu diinspirasikan daripada konsert A New Day: Live In Las Vegas yang pernah dijayakan oleh penghibur terkenal dunia, Celine Dion, kata Siti, apa yang dilakukannya sepanjang tiga malam itu adalah bergantung kepada bajet dan kreativiti mereka yang terlibat.

Untuk konsert Satu, koreografer terkenal Pat Ibrahim dilantik sebagai pengarah konsert, manakala Aubrey Suwito pula akan mengemudi konsert berkenaan apabila menjadi pengarah muzik.

"Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, semuanya dilakukan mengikut kemampuan yang ada dan saya harus akur dengan keadaan ekonomi semasa yang membuatkan saya mengukur baju di badan sendiri.

"Saya juga bertuah kerana dapat bekerja dengan Pat dan Aubrey untuk konsert ini kerana saya yakin dengan kemampuan dan kreativiti mereka. Apatah lagi, Pat sendiri sudah lama ingin mengarahkan konsert seperti ini.

"Apa yang saya harapkan semua pihak dapat hadir menyaksikan konsert ini. Bukan sahaja untuk berhibur tetapi juga untuk amal kerana sebahagian daripada penjualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa untuk diagihkan kepada badan kebajikan yang terpilih," jelasnya yang akan menyampaikan lebih daripada 30 buah lagu solonya secara penuh dan medley dengan susunan muzik yang baru.

Menariknya juga tentang persembahan ini apabila ia juga akan menerapkan elemen 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Sementara itu, apa yang membuatkan hati si jelita ini berbunga riang adalah apabila ramai pihak yang sudi bekerjasama untuk menjayakan konsert berkenaan dari segi penajaan.

Antaranya adalah Maxis, Jakel dan juga tiga pereka fesyen iaitu Michael Ong, Amir Luqman dan Rizman Ruzaini yang akan menaja busana Siti sepanjang persembahan berlangsung.

Tiket-tiket berharga RM80 hingga RM300 untuk menyaksikan konsert Satu ini sudah pun mula dijual bermula 19 Mei lalu.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 03-4149 8600 atau layari laman sesawang www.ticket2u.biz.


Ticket on 27th and 28th still di jual and u guys boleh juga tempah for 3 days via website ticket2u. Sebab wan masih lagi student so mampu beli yang paling murah sajork which is RM80, itupun dah cukup excited. Bestkan kalau duk depan tu, tapi bersyukur jer dengan aper yang ada. At least i still can be part of the concert!! Okeh c u guys there.. wan akan pergi on the last day!.

Comments

RyZ4L said…
sah2 la kite jumpe di sana okeh!!! :D
i tak minat tok ti r... :p
cntek die nye ticket..njoy la k..rizz xg kot..dintiss uols! haha
Ad Lee said…
sudah confirm. saya ryzal dan hanem akan datang malam terakhir. sah2lah sakan bergambar nanti :)


tak sabar!! :)
WaN HaQQ said…
Ryzal - yezza posing harus kena ajak i nanti..

Nuar - Since bila u bukan lagi peminat ct??


Rizz - xpe nanti wan story morry kat u guys

Sang Arjuna - Yezza!! i can't wait too
ladyhaneem said…
yes yes...c ya there ok wan..;)))
WaN HaQQ said…
Haneem - Okey dokey!! c u there

Pojie - Jom jom.. jom ke konsert tok ct.. hiks yezza
@rep said…
nak bagi i ke banyak2 tu?
WaN HaQQ said…
Arep,
xboley nanti tok ti marah kalau i bagi kt uols..

Popular Posts