Mother's Day
Happy
Mother Day’s !!~
Terbayang di minda aku macam mana rupa bonda biler aku ucapkan that words.. kerana aku hanya pernah ucap that word till my age 10..
After that bonda telah pergi menemui pencipta.. dalam tak sedar cepat sungguh masa berlalu.. telah lama bonda kembali ke sana, tempat yang kekal abadi.. pesanan bonda untuk anakanda, tak akan dilupakan dan kekal sepanjang hayat..
Tanggungjawab yang di amanahkan sesekali tidak dilupakan.. kerana bonda adalah:
“Ratu Hatiku”
Untuk kalian hargailah insan yang bergelar ibu.. kerana sesungguhnya dialah yang menjadikan hidup kita nyata..
“Ke Makam Bonda”
Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.
Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.
Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.
Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.
Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.
Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.
Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan

Lot's of Love
~ WaNz ~
Comments