Marathon

Penatnyer marathon tadi..

Dari tengahari bawa ke malam..

Penat, Sakit Hati dan geram tengok gelagat orang-orang sekeliling..

Jap marathon aperkah ini? Bukan marathon berlari yer teman-teman ku sekalian. Ianya marathon movie jer. 2 movie sekali gus bukanlah yang pelik kerana saya pernah wat 3 movie dalam satu hari tapi tak ingat citer ape. Kali ni, saya tempah melalui internet 2 hari awal, bukan aper waktu itu talian internet saya laju dan senang untuk tempah menempah ni.



Movie pertama saya tonton ialah Sayang You Can Dance, awas jangan gelak yer sebab saya tonton movie ni. Entah kenapa nak tonton movie ini, mungkin kerana samuel ryzal yang berlakon kot. Movie SYCD ni tipikal cerita melayu cuma apa yang menarik minat saya adalah lata tempat dalam cerita tu, kat sarawak. Time diaorang picnic tu pun nampak macam lawa tempatnyer. Lakonan, semuanya okey and fine cuma lakonan ebi tersangatlah kaku and macam kelakar. Papepun amik yang positif okey.

Sementara menunggu syazwan dan zaki sampai, saya melepak kat starbucks sambil tu baca majalah GLAM LELAKI edisi 4. Bacalah review sket kat blog pakwe.. saya stuju jer.



Movie kedua ialah Dragonball Evolution. Okeyla seawal masuk panggung, zaki dah berpesan supaya kosongkan minda supaya tidak compare movie ini dengan koleksi komiknya kerana ianya banyak perbezaan. Ia sememangnya benar, pergerakan plot sangat cepat yer, tahu-tahu dah nak lawan picollo dah. Entah bagi saya street fighter tu lagi buatkan saya puas hati tengok.

Ingin berkongsi pula gelagat segelintir orang kita bila masuk panggung. Hormatilah orang lain juga yer. Ini tak masuk dahla satu kumpulan then buat bising sehingga bagi saya tak patutlah. Kalau tak suka sila keluar atau nak melawak bagai kan? Terus saya cop orang hulu mana la mereka semua tu, maaflah kalau kasar tapi menyampah kadang-kadang yer. Keduanya, ni para ibu bapa yang muda mudi ni. Aiyoo jangalah bawa bayi yang tak tahu pape masuk wayang, sian baby tu menangis, dia langsung tak tahu itu tempat aper dan bila menangis, ianya mengganggu suasana mereka yang lain. itulah gelagat mereka yer..

Ingat saya juga bukan sempurna sekadar berkongsi dengan kalian pembaca dan teman-teman..

Dalam gelak ketawa bersama syazwan dan zaki tadi, ada sesuatu mengusik saya untuk berfikir dan merenung kembali setiap tingkah laku saya..

renungan itu terus direnungi

Comments

rmai lak org tgok degen ball ni huhuuu

Popular Posts