Sabar

Berakhir sudah satu minggu yang panjang dan penuh dengan ujian dari-NYA. Perasaan silih berganti dari suka, duka, marah dan geram tapi segalanya membuatkan saya tersenyum bersyukur akan sebuah kehidupan yang saya lalui. Senyuman itu terukir selepas majlis malam tadi nak tahu ape nantikan kerana gambar masih belum ada pada saya. Entah kenapa setiap yang terjadi membuatkan saya kembali berfikir rupanya betullah kata-kata

" DIA hilangkan matahari, diganti dengan hujan yang lebat dan akhirnya timbul pelangi yang indah"

Saya lega kerana semuanya hanya kesabaran yang jadi penguat diri ini, biarlah apa orang nak kata hanya telinga mendengar marah tapi hati saya kaku untuk berkata apa. Berdiam bukanlah kita kalah tapi mohonlah pada-NYA agar yang terbaik buat kita.

peperiksaan akhir semester ni akan berlangsung tak lebih dari 10 hari lagi. Sudah bersediakah saya? mampu belum terjawab. walaupun hanya 3 subjek sahaja yang akan ada final exam tapi untuk bersedia tu masih belum terjawab. Cuma dapat saya katakan pembacaan yang dibuat dari awal sem tu insyaAllah masih tersimpan dalam kotak memori ini. Lagipun disini tiada minggu ulangkaji yer, contoh hari khamis adalah hari terakhir kelas and jumaat tu dah bermula peperiksaan akhir.

minggu hadapan saya perlu hantar 2 report, dan masih ada lagi 3 kuiz yang perlu saya hadapi. Kuatkanlah hati ini moga kekal tabah dan sabar..

Ingin kongsikan dengan kalian tentang satu blog yang saya baca ni, mengundang satu rasa sedih yang tak dapat saya ungkapkan. Silalah lawati blog ini, satu cerita seorang suami isteri tentang kehilangan anak yang tersayang. Setiap patah kata itu mengundang satu rasa pilu dan sayu entah kenapa, mungkin hati saya ni sangat sensitif..

tapi saya hanya manusia tak salah untuk rasa sedih!!


mama.. along rindu mama..

Comments

gd luck haq 4 examm huhuu

Popular Posts