dari Gamelan ke Yoga

Uiks apekah yang terjadi? hehe.. seperti biasa rabu malam jer wan akan ada latihan gamelan. Ada dua kelas lagi before end. Bila difikirkan kembali sedey pun ada jugak. Kesefahaman yang wujud dalam kelas gamelan ni mengingatkan wan time sekolah menengah dulu.. uwarrgghh i miss them. Jap dah termasuk cerita lain, okeh kembali ke cerita gamelan..


Semalam mangsa yang paling kuat kena marah sah-sahla leader kami. Cik Wan Syazana.. cian dia, she's play bonang and kena play off beat tapi mana silapnya permulaan latihan yang xkena irama dan rentaknya. So Pak Jamal terus menegur cara permainan dan sebagainya, yup teguran itu mungkin kedengaran kasar tapi itulah Pak Jamal. Ia juga mengingatkan wan tentang cikgu muzik wan time primary skewl, Miss Tan Yee Lin. Yup waktu nak masuk pertandingan recorder, she's our coach.. memang garang and suka bebel kekadang naik gelabah giler wan tapi bila ingat balik sebab dia la wan pandai main recorder dengan jayanya.. gitu. Samalah juga dengan gamelan, ianya muzik yang halus dan penuh jiwa, jadi Pak Jamal sebagai instructor and orang yang berpengalaman mestilah marah jika muzik itu tiada jiwanya. Kredibiliti Beliau xmampu disangkal kerana beliau merupakan penyumbang kepada muzik gamelan dalam PGLM Movie.. dan achievement dia juga banyak..


Panjang plak bercerita kan?? hehehe.. haaa kembali kepada tajuk asal.. Semalam one of our friend's ( tanya cali.. kawankah?), tulang belakang dia terkehel kot time kat gym. So dia xdapat bersila lama-lama. So pak jamal pun terus la soal kenapa and mengapa and macam ne rawatan yang diterima (gigih plak yer). So dia pun tunjukla few senaman yang dia wat till now and sbb itulah dia masih ganteng walaupun dah berumur ( konpius jap) hehehe. Bagus tol pak jamal kongsi ngan kami, terharu jap.. yup bila dia garang-garang btol, tapi biler part ni he's like our family and kami ni macam anak-anak dia. Salute to Pak Jamal..


Sekadar berkongsi cerita yang indah
Untuk teman-teman kelas skill gamelan part 2 semester ini..
tinggal lagi 2 kelas, mari kita jadikan ia kenangan yang terindah..

Comments

org kta yoga tuh haram? yeke huhukk
Ad Lee said…
kemain lagi main recorder ade coach. hahhaha :P.

awas, kawan kita sorang itu pengunjung fitness first yang tetap. sixpecs agaknye. :P

dua kelas lagi tinggal. barangkali apa lagi ilmu2 yang menarik Diva Djamal akan ajar :P

Popular Posts