Sebuah Permulaan

Taman ilmu dan budi kembali ceria dengan kepulangan semua penduduknya yang pergi merantau ke serata negeri yang ada di Malaysia. Alhamdulillah tadi aku dah selesaikan sesi add drop subject. Yup aku terlepas nak add subject online so i have to do it manually. **sigh waiting for the lecturer from 8.30 till 11.30, tapi itu semua menguji la kehendak kita kan? So berjaya dapatkan signature lecturer tu, alhamdulillah..

Semester ni aku amik 14 credit hour sahaja which is 5 subject, sebab aku tak amik banyak kerana, 5 subject ni semua killer for me la then aku cuak jugak tengok semua tu, tapi i have to face it either i like it or not kerana aku dah jauh ketinggalan dari batch aku. sedey jap!! tapi xpelah biar aku lambat sikit tapi aku stabilkan dulu apa yang aku ada sekarang. InsyaAllah.

Untuk teman seuniversiti, all the best then selamat mulakan pengajian.. untuk teman yang baru pulang dari praktikal, jangan lupa kongsi pengalaman kalian yer. Erm itulah cerita aku dalam kampus. Baik dalam kampus atau luar kampus cerita aku tetap sama, jadi just hadapinya la dengan tenang dan jangan mudah gelabah. Biar kita kecewa, sedih, kecik hati macam mana pun, jangan tunjuk, tapi cerita kat blog jer kan?? hehe

Ingatan untuk diri sendiri plak:

"Kamu dah pernah diperlekehkan orang kerana kelemahan yang ada pada diri kamu
cubalah bangkit dan ingat setiap perkara itu supaya ianya membakar semangat kamu
untuk berada pada tahap yang sama dengan dia dan mereka
kenyataan itu pahit untuk diterima tetapi perubahan itu suatu pengalaman yang berharga"


Comments

RyZ4L said…
good luck with new semester :D

Popular Posts