It's END

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Itulah bila penyanyi lagu ini sudah tiada barulah aku mula meminati lagu-lagu nyanyian beliau, lupakan seketika segala kontroversi atau masaalah yang dihadapi beliau tetapi cuba hayati setiap lagu yang membawa pelbagai msg dan cerita yang tersendiri. Sudah lumrah manusia tidak pernah menghargai apa yang ada didepan mata, tetapi mula mencari bila ianya hilang dari pandangan dan detik yang lalu menjadi kenangan lantas rasa menyesal mula wujud tetapi masa itu tidak boleh diputar supaya apa yang berlaku jadi pengajaran agak tidak di ulang lagi pada masa hadapan.

Selesai jer kelas terakhir tadi terus saja aku pulang ke bilik, malas nak melepak lagipun tiada teman untuk aku bercerita di sana. Mungkin juga aku tiada minat untuk berbicara kerana seribu cerita bermain dalam fikiran aku, persoalan dan jawapan ada sahaja yang datang. Sebetulnya aku punyai masaalah dengan teman yang agak rapat dengan aku ketika ini, tetiba dia hilang dan sepi untuk seketika dan ianya bukan lah perkara yang biasa dia lakukan. Jadi selepas dua hari diam tanpa khabar, malam semalam dia sempat respon kepada sms aku, katanya dia kecil hati dengan kata-kata wan. Terus aku termenung, termenung memikirkan adilkah?

Kenapa adil itu timbul? kerana sepanjang kenal kata-kata dia memang ada sahaja yang wat aku kecil hati dan terasa, tetapi atas nama kawan aku buat tak endah jer la, sebabnya kalau dah kawan aku perangai macam tu nak buat macam mana, at least aku kenal siapa dia. Dan aku pun tak pernah nak simpan dalam hati, jadi bila terkena batang hidung sendiri dia mula diam dan itu jawapannya. Seringkasnya aku pernah berpesan kepada sesiapa sahaja kawan-kawan aku, kalau tak selesa dengan sesuatu perkara yang aku lakukan sila tegur kerana teguran itulah akan mengubah aku ke arah yang lagi baik, bukan diam dan melarikan diri.

Sakit kepala bila fikir, tak mahu fikir plak macam tak kena.. So semua yang nak dibuat, semua tak kena. Cuma alhamdulillah dalam kelas tadi semua yang aku dengar dari pensyarah aku faham dan ianya dah cukup buat aku tersenyum lega. Okeyla malam ni ada demo debate, so i will be there sokong kawan-kawan yang akan ke Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 lusa di UTP perak. All the best to all of you! Then pastu ada final meeting aku sebagai MRC, pasal tu citer later k.

Have a good day

p/s: "it's end" kat ym sbelum ini hanya main-maian sahaja, tak tahu la pulak ianya benar terjadi..


Comments

alahai..
sedih n pening kan ble ada prob ngan kawan..

Popular Posts