IDC 09

Hai.. sudah beberapa hari blog ini tidak di update atas alasan wan sibuk dengan persiapan pertandingan debat antara sekolah-sekolah kali ke 8 (IDC8). Baiklah wan akan cuba berkongsi dengan kalian tentang segalanya untuk kita fahami dan juga berkongsi suka dan duka bersama kami ahli jawatankuasa penganjuran..

Tirai perdebatan di buka pada 24/04/09, dengan dirasmikan oleh Datin Norjuma Habib Mohammed di pusat aktiviti kesenian dan kebudayaan uiam atau lebih dikenali dengan CAC. Pendaftaran peserta yang bermula seawal 9pg dan berakhir pada jam 7 mlm. Dapat dilihat semangat yang mereka bawakan bila mana diumumkan ketibaan sekolah terbabit ke dewan banquet untuk pendaftaran. Meriah juga kali ini walau di himpit dengan kesulitan yang biasa kami alami saban tahun.. Alhamdulillah.

Sepanjang 6 hari berkampung di taman budi dan ilmu, kesemua pasukan akan melalui 6 pusingan awal sebelum melangkah ke pusingan menang mara iaitu double octo, octo final, quater, semi dan final. Untuk pusingan awal ni wan sempat jadi hakim untuk pusingan 1 - 6. Pengalaman tu nanti wan ceritakan kemudian. Buat pertama kalinya nama-nama sekolah yang popular dalam arena perdebatan gagal menempatkan diri di antara kelompok yang atas, pelik tapi benar. Contohnya MCKK, Sains Seri Puteri, SMAP Kajang dan beberapa lagi sekolah. Di peringkat separuh akhir menemukan Sek Men Islam Hidayah menentang MRSM Tun Ghaffar Baba dan Sek Tuanku Abdul Rahman menentang SMS Teluk Intan.

Pentas akhir pada pagi tadi telah menemukan dua buah sekolah yang buat pertama kalinya layak untuk bersidang di dewan juara-juara yang mana mereka sedia maklum, hanya yang terbaik akan mempunyai peluang untuk merasai suasana itu. Sekolah yang di maksudkan adalah Sek Men Islam Hidayah dan Sek Tuanku Abdul Rahman. Setelah berhempas pulas cuba mempertahankan hujah barisan masing-masing akhirnya Piala Tun Sri Lanang menjadi milik Sek Men Islam Hidayah. Sekalung tahniah untuk kalian..

Untuk kategori bahasa inggeris pula menemukan Sek Men Islam Hidayah menentang Sek Men Keb Green Road dari Sarawak. Bagai sudah diramal Piala pusingan kategori BI ini akan terbang ke Sarawak buat pertama kalinya dan cukup bangga bila mana sekolah harian biasa berjaya membuktikan di IDC8, sesiapa sahaja mampu untuk memiliki gelaran dan pialanya. Tahniah untuk semua..

Majlis penutup pada pagi tadi telah dihadiri oleh tetamu vip Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin, Rektor UIAM, Datuk Nazim dan Datin Norjuma. Setelah 10 hari membuat persiapan dan pertandingan akhirnya pertandingan debat antara sekolah-sekolah malaysia kali ke 8 melabuhkan tirainya. Suka dan Duka menjadi adat dalam pertandingan, bertemu dan berpisah juga asam garam dalam sebuah kehidupan. Moga ketemu lagi semua di IDC EDISI KE-9. InsyaAllah..


p/s: Nantikan cerita selanjutnya.. peace

Comments

wahh hebat yerr die berdebat heehehe
AniS GalaXy said…
mesti wan berdebar2 kan...huhu
kalo anis mesti dah mengigil mase nk berdebat nnti
WaNz said…
uiks bukan ceq berdebat lor..
salah faham korang ni
wan jadi ahli jawatankuasa penganjuran shj..

itukan debat antara sekolah

Popular Posts