Exam End..

Sunyi dan sepi begitulah situasi aku ketika ini. Sambil itu aku kuatkan lagu Puteri nyanyian Amy Mastura, entah kenapa tapi muziknya dan liriknya aku gemari dari dulu lagi sehingga sekarang. Yup tadi petang aku dah selesai menjawab kertas akhir aku untuk semester ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun ada 2 soalan yang aku lupa macam mana nak selesaikannya tapi overall aku berpuas hati dan semuanya terserah pada rezeki yang penting aku dah usahakan sebaik mungkin supaya apa jua keputusan selepas ini aku tak menyesal.. Itu prinsip aku, jangan usaha sikit then banyak mengomel, tapi perlu usaha lebih dan selebihnya adalah rezeki.


Sesuatu yang berbeza ketika habis exam tadi, aku tetiba terasa sayu dan sedih. Entah nak kata this is my final sem, no la sebb i have 1 and half year to complete my undergraduate life, tapi kalau rushing jadikla setahun kot. Tetapi exam tadi penutup semester kali ini yang menyimpan seribu cerita yang akan terselit dalam ingatan aku sebagai semester paling aku hargai dan gembira.


Reasonnya, aku temui ramai rakan baru yang berjaya mengubah persepsi aku tentang sesuatu dan aku hargai mereka.. Kelas gamelan tu suatu perkara yang indah dan sebahagian dari kelas tu akan graduate this semester, mungkin tak banyak dapat dibualkan tapi itu adalah yang terindah. Rakan yang wujud since tamat royal debate hari tu hingga sekarang, alhamdulillah jumpa and lepak ngan diaorang aku terhibur dan at least ia mengingatkan aku zaman persekolahan aku yang happy dan ceria. Entah mungkin juga suasananya.. Tidak lupa rakan-rakan blogger yang sentiasa mewarnai hari-hari aku dengan cerita di blog masing-masing, sayang kalian juga yer.


Untuk semua teman-teman ku, aku sangat menghargai kehadiran kalian yang banyak memberi aku untuk jadi lebih kuat dan optimis dalam kehidupan aku seharian. Mungkin pernah kita terasa, juga kecil hati, malahan hendak memahami pun sukar kadang-kadang tapi itulah anda teman, sahabat dan juga rakan. Ingin sekali aku lepak dan spend my day with all of you sbbnya nothing can make me smile except my family and my friends..

p/s: untuk afif, bukan aku tak mahu balik qlate cuti kali ni tapi sebabnya terikat dengan program debate so, aku minta maaf banyak-banyak.. pape contact okey. aiman, nazri plak dia ada kerja dan hal masing-masing. nazmie plak you know him.. so jumpa nanti..

p/s: untuk orang yang akan kerja di oversea nanti, i'm free nih so plan la yer bila nak kuar and make sure korang kena bunjer aku. Kalau x sentap, make sure jugak dah plan gtaw supaya at that time aku ada duit.. Hiks

p/s: 8th Edition of Interskewl debate will begin soon, welcome to all you participant and we glad to have you here in Garden Knowledge and Virtue.



Comments

alorr nakmo sedey2 k be happy slalu:p

Popular Posts