Cerita Semalam


Hati ini tiba-tiba terasa sayu dan sunyi sekali. Entah kenapa hati wan dilanda perasaan ini, mungkin kah kerana semester ini telah berakhir dan mula bercuti selama 5 minggu 5 hari. Ini merupakan percutian paling lama sepanjang bergelar mahasiswa di UIAM ini. Disaat entry ini ditulis wan masih busy berkemas, mengangkat kotak-kotak sebanyak 10 biji semuanya untuk dimuatkan dalam stor. Itu tak masuk lagi dengan kotak computer, monitor, speaker, 2 set comforter, papan iron semua. Entah kenapa semester ini bagi wan sangat cepat, rasanya baru semalam wan membeli-belah kelengkapan di Tesco selayang dengan rumate. Sedar atau tidak sudah 5 tahun juga bergelar siswa, 2 tahun di pusat matrikulasi dan 3 tahun di kampus induk gombak.


Semalam kita gembira dengan gelak ketawa, hari ini ia hilang dibawa arus kehidupan yang sentiasa berubah. Tadi petang wan teringatkan kawan-kawan baik wan, aiman, afif, nazmie dan nazri. Hanya sempat menelifon aiman di UTP dan afif di UPSI, tetapi tidak berjawab dan hanya few minute after that aiman call balik then mula bercerita katanya


Dia sedang dalam minggu ulangkaji, all the best untuk aiman, antara kita berlima kamu yang paling cemerlang, bangga mempunyai sahabat seperti kamu dan yang lain, yup kita jauh di antara satu sama lain, tetapi setiap kali berkumpul detik itu menjadi sangat indah. Harap hubungan kita berlima kekal hingga ke akhir hayat. Afif pula sedang menghadapi peperiksaan akhir semester sama seperti Nazmie di UiTM dan Nazrie di UTHM. Mereka ibarat adik-beradik wan, bersyukur sangat kenal mereka dan berkawan dengan kalian


Sewaktu peperiksaan akhir yang lalu, pelbagai ujian yang wan hadapi, kebanyakannya ujian mental. Wan bukanlah seorang yang meletakkan ego di hadapan. Ego seseorang ini membuatkan diri kita rasa hebat, takut untuk jatuh, takut akan orang lain tahu ape kelemahan kita. Walhal kekurangan dan kelemahan itulah menjadikan diri kita ini sempurna. Walaupun kehidupan keluarga wan sederhana, tetapi Alhamdulillah cukup wan katakan, wan bahagia. Dari kecil ayah didik kami supaya lebih menghargai sesame sendiri dan berkongsi serta membantu jikalau ada dalam keluarga mengalami kesusahan hidup.


Teringat moyang wan dan moyang saudara yang masih kuat dan ceria, seronok dan gembira rasanya untuk pulang ke kampung halaman esok bertemu mereka, lapang hati dan sejuk rasanya. Wan cicit, cucu dan anak yang manja, tapi dalam manja wan mampu berdiri walau sukar, Alhamdulilah punyai keluarga yang besar dan pelbagai lata hidup.


Kenapa berceloteh begini? Bukanlah wan menangisi setiap apa yang berlaku dalam hidup wan, jauh sekali untuk berasa sedih mahupun kecewa dengan takdir yang ditetapkan. Percayalah setiap pertemuan itu akan berkakhir dengan perpisahan, Cuma cepat atau lambat sahaja. Seronok membaca blog Kash yang punyai rakan yang pelbagai karakter tetapi masih rapat antara satu sama lain, kagum. Wan pelik dengan seseorang ini, dia baik dengan wan bermusim, tiba masa dia jadi emosional dan sangat sensitive, adakah kerana dia cuba sembunyikan siapa dia yang sebenarnya mahupun punyai rahsia hidup yang rumit? Untuk kamu, sedari awal wan kenal kamu, kamu antara pelajar pintar dan baik tetapi jagalah hati orang lain juga kerana hidup di dunia ini saling memerlukan.


Malam ini juga tamatlah sebuah persahabatan dengan seorang lagik teman, tamat disini bukanlah wan buang terus dia dari hidup wan kerana sayangkan dia, jadi wan harus tinggalkan dia tetapi masih mengambil berat mahupun memerhati dari sudut yang jauh. Tipu kalau wan tabah terima semua ini. Wan sangat lemah untuk terima semua ini tetapi ianya suatu ketentuan. Wan tak nak lagi rasa sedih mahupun kecewa, ingtlah wan usaha untuk jadik kawan kamu yang sebaik mungkin tetapi lagi elok kalau kamu berkawan dan terima wan seadanya.


Merenung diri ini, melihat jauh kedalam anak mata, wan mula muhasabah diri ini. Telah jauh wan berjalan atas lebuhraya kehidupan, pelbagai jalan wan temui, sepanjang berjalan itu pula terus berjumpa dengan orang-orang asing, dan sesetengahnya mampu menjadi peneman dalam kehidupan wan sehingga beribu Kilometer lamanya. Alhamdullilah kerana masih ada yang setia di sisi wan, sayang rasanya pada mereka kerana terima kekurangan dan kelemahan wan. Kagum juga teringatkan atok wan yang mula mencecah umur awal 90-an, rasanya beliau lagi lama dan banyak jalan telah beliau tempuhi. Untuk kalian, andai wan ini bukan yang terbaik, jauh sekali sesuai dengan kalian, wan hanya mohon ampun dan jangan pula memandang rendah dan jauh sekali mempermainkan hati seorang sahabat, kerana ianya membawa kesedihan yang jauh lagi berat di dasar hati ini.


I have made the decision, then it is the way I choose to be and to have.

Saya sayang kamu walau hanya untuk sementara.

Sayang itu hadir kerana ianya tulus dari hati

Tiada dusta mahupun hasutan

Memori ini kekal sebagai liku-liku kehidupan wan.

Comments

RyZ4L said…
waaa..
ala2 cikgu bahasa melayu eh~
anyhow~ bia la org yg x dpt terima sape kite...org cmtu kite x patot dekati! jus be ur self wan. mampu?:p
we ols sume suke sama wanz!:)
Anonymous said…
ryzal..

gegehkn i?
update blog gitu skali
merasala nanti i cuti lama2
terus blog bersawang

thanks to u olz dear
meriahkan hidup kita
gigih + yakin = mampu gitu
leh?

Popular Posts