Cuti dah Jom Kawin

Lama sungguh tidak ke Terengganu, Besut tu selalu la pergi tetapi besut dah macam sebahagian dari Kelantan kerana budaya setempat merebak ke sekitar itu. Sabtu lepas kami 3 buah kereta bergerak ke Kuala Terengganu untuk menghadiri kenduri kahwin senior kami abg syatir dan kak ain. Selewat 11 pagi baru kami dapat bergerak yer kerana menunggu ratu bangkit dari lena, hehe.. Perjalanan yang jauh bagi aku rasakan kerana kali pertama ke terengganu dari KL, aiyoo so penat la atas kereta. Tengahari dalam jam 1 kami tiba di Cherating then jam 2 petang pula di Kemaman, singgah sekejap untuk lunch, yerla perut semua dah lapar..


Nama kedai tu, kedai nasi padang ibu ani.. lauknya boleh tahan cuma mahal yang ado. Bagi wan plak xpelah mungkin kedai tu tak ramai pelanggan kot lagipun kita tiba dengan lagak pelancong so leh la dia hentam segala kan? Dari situ teruskan lagi perjalanan then tiba di Kuala Terengganu jam 6 petang, OTW tu terjumpa kak azizah and her husband abg krem, so diaorang la yang jadi pemandu arah kami untuk ke rumah abg syatir. Jalan jem, sigh** then ada accident plak tu.. seb baik hidup lagi orang tu. Sampai di rumah abg syatir kol 7pm, lega bila dh sampai ni..


Bersembang dan mula siapla majlis akad nikah malam tu jugak kol 9 malam, sambil tu kami tunggu juga senior debater abg lan ngan isteri kak aliza and the rest of jemputan. So kami jalan kaki jer dari umah abg syatir ke rumah kak ain kerana jaraknya sangat dekat. Dengan sekali lafaz kak ain sah jadik milik abg syatir, alhamdulillah selepas 6 tahun bercinta akhirnya ia bersatu di jinjang pelamin. Yang penting jemputan pada malam tu adalah hanya keluarga dan kawan-kawan terdekat abg syatir dan kak ain so kami jer la yang bising di majlis tu, yerla kami datang memeriahkan suasana majlis, so mmg meriah la uolz.







Aku plak dah menunjukkan simptom sakit, sakit aper lain entry kita cerita. In short lepas jer majlis ni kiteorang keluar kononnya nak makan angin sekitar bandar tetapi sebab aku sakit so aku klinik yang lain pula berjalan kot. Dari klinik, kami berjumpa di kedai kopi dekat jer ngan klinik tu then gerak balik tido.. Sister tido di homestay tak jauh dari rumah abg syatir, kami yang lelaki tido kat rumah abg syatir jer, lagipun mak ayah abg syatir dah bentangkan tempat tido dan konsep tido suka hati gaya bebas..


******** end********


Ahad pagi -
Awal-awal pagi dikejutkan bangun untuk have breakfast tetapi semua yang ado nak bangun, celik mata and tido balik. Ustaz datang kejut baru semua malu bangun lari beramai-ramai ke dalam bilik then cabut undi saper nak mandi dulu. Breakfast kami nasi dagang, terkilan tak dapat merasa.. kenapa? next entry wan jawab..


memandang kan aku sakit so aku dapat excuse tido jer dalam bilik, yang lain plak tunggu tetamu yang lain untuk majlis orang qlate panggil belarok, pihak lelaki ke rumah perempuan. aku tak join down sebab tak dapat tengok and join keseronokan kali ni.




Kol 3 petang kitaorang dah bertolak dari umah abg syatir and ke pasar payang before balik KL, depa membeli sakan, wan pulak duk atas kereta jer xlarat nak berjalan. Ramainyer orang sebab musim cuti sekolah so pepaham la bukan leh tawar menawar sangat. Time ni semua peniaga ala-ala kekwat tak ingat semuanya. Lepas tu kami singgah tepi pantai and makan seafood, minum air kelapa.. besh wooo sekali lagi tak dapat mamam seafood sentap!!


kami tiba di uia jam 2 pagi.. neway time lalu kertih sempat la tengok kawasan peronas tu pada waktu malam lawa gak lampu yang dipasang tu, then mesra mall tak sangat mesra yer kol 8.30 malam dah tutup malam segala.. yang ado la. Trip kali ini disertai oleh Abg Daud, Ato', Boy, Zaki, Kak Arina, Amal, Kak Aliza, Ezuwan, Zack, Abg Jeff, Kajol and Meky. Thanks untuk semua dan Abg Syatir & Keluarga.



p/s: pic lain xdapat lagik~

Comments

RyZ4L said…
i slalu je kne kalau surrounding x kene pada kulit. huhu. cmtu kne enjet byk kali la..hjahaha:D take care sebab nnt tak ke temu d IB plak :p

Popular Posts