Thursday, 26 February 2009

Di Suatu Sudut...

Di suatu sudut..
Satu jasad berdiri sepi
merenung kembali diri sendiri
agar yang kusut terlerai
dan yang serabut mula berseri

Jasad itu kekal dalam kelam
walaupun telah dihiburkan dengan keadaan
tiada belas kasihan atau simpati yang di cari
cuma keikhlasan yang sukar dimiliki.
Bukan cerewet mahupun memilih
kelemahan diri menggugatkan pemikiran ini

Diri sendiri sering bersalah
atas kelakuan yang sering berubah
bukan niat mahupun bukan kehendak
tetapi mengikut arus keadaan
yang semakin berselerak

Diri ini kekal keliru
dalam kawasan berbatu-bata
Sekarang tiba masa membuat pilihan
kekal berjaya ataupun kekal hina
kecut dan takut andai tidak berjaya
menggenggam senaskhah kejayaaan
yang menjadi tanda kesungguhan

Jasad itu terus merenung
merenung mencari sebuah kesudahan
menangis bukan lagi jalan penyelesaian
sekadar menjadi tempat untuk luahan
tanggungjawab tidak pernah dilupakan
cuma tiada peluang untuk membuktikannya

Untuk mereka bergelar penjaga
jasad itu sedar akan harapan dan impian kalian
cuma tahukah kalian, jasad itu terus berusaha
Untuk melunaskan impian, cuma rezeki masih belum ada
akibat salah diri sendiri yang sering leka
akan sebuah kehidupan yang sering alpa.

Jasad itu akan terus kekal disitu
sehingga tiba waktunya ia hilang dari pandangan
Janjinya pada semua untuk berubah menjadi yang terbaik
agar semua terus senang dan aman.
Andai yang dimohon tidak berjaya
hanya kenangan kekal diingatan..


-WaNz iMraN-

2 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

"Sekarang tiba masa membuat pilihan
kekal berjaya ataupun kekal hina
kecut dan takut andai tidak berjaya
menggenggam senaskhah kejayaaan
yang menjadi tanda kesungguhan"


of coz lah pilihan utk kekal berjaya! wanz boleh! :D

RyZ4L said...

sangat boley...
nyah sume itu stetmen negative..
nyah di sini bermaksud..
lantak pi laa...
tibe je nak wat dictionary jugak kan..hahahhah :p
get well wanz! ;)