Merdeka , Puasa & Aku
Hey !!~
Alhamdulillah Malaysia dah 51 tahun merdeka.. Moga Negara kita terus aman damai dan selamat untuk didiami.. Jadi sebagai rakyat jom kiter fahami erti kemerdekaan itu sendiri dan sentiasa berbakti untuk negara kita..
Esok insyaAllah semua umat Islam di seluruh dunia akan mula menyambut bulan ramadhan, bulan yang begitu mulia dan penuh keberkatan.. Semoga kiter dapat tunaikan tanggungjawab kiter sebagai umat Islam. Hari ini wan menangis, wan kecewa kerana seorang kawan yang begitu wan sayang yang banyak ajar wan supaya jadi tabah dan optimistic telah terpesong jauh dari jalan kebenaran. Wan jadi hilang arah,lidah wan jadi kelu kerana dia tetiba bersifat material and tidak percaya pada yang Esa.. Wan tak mampu untuk menyedarkannya tapi wan berdoa agar dia kembali kepada jalan yang benar.. jalan yang betul dan percaya pada kewujudan Allah s.w.t.
Sebentar tadi wan tengok cerekarama, juga wan menangis.. kerana ape? Kerana wan fahami perasaan dan jalan cerita tambahan pula ia lakonan dua fauziah yang begitu wan kagumi sebagai individu. Janganlah kita pentingkan diri sendiri sehingga insan yang kita sayangi menanggung beban dan juga janganlah kita lupa orang yang bnyak berkorban pada kita kerana dia hanya inginkan kita selesa tanpa memikirkan susah atau senang hidupnya…
Erm entahlah di kesempatan ini wan pohon seribu kemaafan kepada semua kenalan sahabat handai dan semua individu yang mungkin wan buat mereka susah hati atau sakit hati. Wan tahu sepanjang hidup wan tak semua orang suka and terima kita. Wan bukanlah insan yang sempurna tetapi wan ada hati dan perasaan yang tak mungkin sesiapa fahami tetapi wan pasti selagi wan yakin pada-NYA hidup wan akan senang dan setiap yang datang itu suatu ujian untuk kita ingati bahawa kita masih diperhatikan dan senatiasa ingat padanya..
Sekarang teman sekampus kebanyakannya bersama keluarga di kampung masing-masing sempena cuti pertengahan semester tetapi wan pula tetap di kampus.. bukanlah wan lupa asal usul wan. Tetapi adalah factor lain sesungguhnya wan bersyukur sebb keluarga masih memahami wan ni.. yang pasti I will always call my dad and both my sister.. so to all my friend, selamat bercuti dan selamat berpuasa. Thanks to mister zaff coz today time wan duk berserabut tadi dia jadik penghibur jap.. sangat kelakar orangnya.. tapi malam ni diam jer tido dah kot.. huhuhu. Salam sayang untuk semua…
Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke – 51
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Bercuti
Lot’s of Love
~ WaNz~
Comments