Friday, 23 October 2009

AL- Fatihah

"Kak Yah dah tiada" itulah sms yang aku terima bila bangun dari tidur pagi tadi. Terkejut aku bila dengar news tu. Seriously i feel blur then keep memorize back everything about kak yah since i know her. Short story about her..


Kak Yah ni Staff tetap kat Koperasi Smksis. Orangnya kecil molek dan sudah berumah tangga. Meninggalkan 6 orang cahaya mata. Alumni Red Crescent Society sekolah.. Aku kenal arwah since aku mula belajar kat sekolah smksis then rapat bila aku duk menyibuk dalam koperasi tu, then sehinggalah aku jadi ahli lembaga koperasi sekolah. Bagi aku Kak Yah ni simple orangnya, kalau kita minta tolong she will never say no kalau dia mampu buat. Hidup dia ceria di depan kami, di belakang tiada siapa yang tahu. Dari jauh kalau nampak kiteorang, dia dah panggil and ceria jer and aku tak rasa kekok dari awal kenal dia till dah tamat zaman persekolahan.

Arwah meninggal disebabkan sakit jantung, tetapi terdengar juga berita beliau meninggal disebabkan buatan orang. Tiada siapa juga yang tahu, hanya Allah yang mengetahui segalanya. Sebagai kawan, kenalan kepada arwah, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai Allah s.w.t.

AL-Fatihah..


p/s: too many sad thing happen to me this week ..
p/s: thanks to kak ti because inform me about this news