Ramadhan Situ Sana Sini

Ramadhan Situ Sana Sini, okey tak? Alhamdulillah masuk hari ke-empat kita berpuasa hari ini. Pelbagai karenah dan ragam manusia dapat aku perhatikan di laman sosial facebook, tapi itulah kita manusia. Cerita hari pertama hingga semalam masih sama, jam 6.45 petang aku akan ke cafe membeli juadah untuk berbuka.. Seorang diri, itulah rutin hidup sunyi sepi pun ada juga tapi terima jer la. Sepanjang ramadhan bermula hati ini mula rasa sayu terkenangkan seseorang yang aku sangat rindui tetapi kena la terima hakikat, yang beliau telah lama pergi meninggalkan kami.

Hari pertama aku berbuka, tanpa sedar sesuap nasi ke mulut air mata ini jatuh berderai. Rindu akan keluarga dan rasa sunyi di hati hanya Tuhan yang tahu. Paksa juga makan, yerla dah lapar dan tak baik tak habiskan makanan. Lagipun teman sebilik aku semua pulang ke kampung masing-masing tinggallah aku yang ada test pada hari tersebut

Saat ini kalau aku tak kelas, atau study di bilik.. aku habiskan masa aku main game kat facebook. Seronok plak, ada juga yang hiburkan hati aku. Mengakui hati aku sekarang cepat benar remuk atau sedih entahla hilang kekuatan seketika. Masih mencari cara untuk aku kembali ceria sebagaimana dulu.. Seronok juga tengok kawan-kawan dengan pasangan masing-masing, yang unexpected pun ada juga tapi doakan kalian semua happy okeh! Aku tak berhenti mencari tetapi tidak bersungguh-sungguh, malas nanti aku juga yang kecewa.

Uiks dah 4.11pagi, my job today kejutkan orang bangun sahur. Then aku pun masuk tido.. Nanti la aku update and tukar layout blog ni.. Selamat Berpuasa!!

Comments

alololo..
jgn ler sesedih Wan..
Pojie pun buka n sahur sorang² jer tau!!
meleleh jugak airmata, air ketuban bagai nih..
oopss!

Popular Posts