Cerita Beliau

Usai solat maghrib aku terus memakirkan diri ini di hadapan kotak tipis, cuba mengingati kembali apa yang aku telah lalui untuk seketika. Dari satu blog ke satu blog aku terus membaca, mataku terhenti di satu blog menceritakan akan suka duka kehidupannya..

Iya sudah lama beliau dalam senarai rakan di muka buku namun jarang sekali aku tegur.. hanya hasil karya beliau yang aku baca. Jujurnya aku langsung tidak mengetahui rupanya disebalik senyumannya dan cerianya punyai satu cerita perjuangan yang mungkin aku tidak mampu menghadapinya.

Dari satu halaman ke halaman lain hanya mata aku jadi berair macam dimasuki habuk,hidung aku terus tersumbat sebagaimana jika kita selsema, nada suara aku mula bertukar. Aku memang mudah tersentuh akan sebuah cerita yang sayu. Erm penyakitnya mungkin tidak bisa diubati lagi, namun beliau masih gagah untuk terus berkarya menghadapi saki baki hidup yang tinggal.

Untuk kamoo.. tabahkan hati terima semua ini dengan tenang moga kamu bisa menghadapinya sehingga ke hari akhir tanpa menyoal sedikitpun ujian ini dari-NYA. Kerana hanya insan yang disayangiNYA di uji sebegitu rupa. Doakan aku buat kamu supaya di pulihkan kesihatan dan tidak mudah berputus asa kerana apa yang kita miliki adalah milikNYA dan DIA mampu melakukan apa sahaja.

Beliau ialah:
Safwan Husaini



Comments

Wawan Saini said…
salam singgah..
maaf atas kelewatan ke sini.
terima kasih menitip kisah saya.
saya manusia biasa saja..
berpegang pada satu benda.
"TAKDIR TAK PERNAH KEJAM PADA YANG NAMANYA MANUSIA. SEBAB IA ADALAH KETETAPAN SEBUAH TROVOLOG KEMBARA"

Popular Posts