Movie Review : 3 Idiots


Sudah menonton filem ini?

Pertama kali aku dengar tajuk filem ini, daripada senior aku itupun di laman sosial facebook. Jadi mula mencari cerita ini, kalau-kalau ada yang mendownload.. sebabnya nak tengok kat pawagam, sudah terlambat. Sudah ada cerita, sarikata pula yang sukar dicari. Jadi terus menunggu. Semalam setelah dapat apa yang dikehendaki, barulah aku dapat menonton filem ini.

Filem yang durasinya 2 jam 40 minit, sememangnya cerita hindi pertama dari genre yang berbeza yang paling aku suka. Biasanya filem hindi akan dikaitkan dengan percintaan yang terlarang atau dihalang keluarga dan akhirnya tetap bersama. Tetapi untuk filem 3 idiots ini, konsep persahabatan lebih diketengahkan.

Secara ringkasnya persahabatan 3 watak ini bermula dari zaman pengajian tinggi mereka. Rancho, Farhan dan Raju. Sikap Rancho yang sedikit berbeza terus menjadi tulang belakang kepada filem ini. Farhan dan Raju pula belajar untuk mendapatkan ijazah dan seterusnya mengubah nasib hidup keluarga masing-masing. Zaman belajar di kolej yang diketengahkan ada benarnya, pelajar sering tertekan dengan harapan keluarga dan juga peraturan universiti untuk menempatkan diri dalam golongan atas. Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh tonton sendiri atau mencari blog yang review dengan lebih detail.




Bagi aku pula konsep persabahatan itu paling berbekas di hati aku..
Kadang-kadang contoh yang baik perlu kita ambil dan lekatkan di dalam hati agar kita dapat mengaplikasikan dalam kehidupan kita.. =)


Comments

persahabatan mmg penting. seronok bila kita boleh kongsi byk benda dgn kwn kita

Popular Posts