Semester Baru ..

Lega hati ini bilamana semua proses tambah dan buang selesai di lakukan. Semester baru kini bermula, ramai wajah-wajah baru kat kuliyyah mahupun sekitar kampus. Mana semua batch aku? Baru la aku terasa tuanya aku kat uia ni. Sepatutnya aku akan grad semester ini, tetapi dek kecuaian yang di lakukan setahun aku kena extend, jadi insyaAllah april 2011 tamat lah pengajian aku di sini. Ada lagi 2 semester yang aku kena hadapi, hanya DIA sahaja yang tahu betapa aku tertekan dan kadang-kadang langsung tak gembira.

Mana taknya tengok kawan-kawan yang sebaya ada yang dah bekerja, melancong sana sini.. aku pula masih ke kelas menuntut ilmu dan masih juga di bawah sponsor fama dan ptptn. Moga semester ini aku kuat dan dapat hadapinya dengan tenang. Selalu berfikiran positif dan jangan dilayan sangat yang negatif tu.

Result semester lepas tidak memuaskan malahan menghancurkan aku sendiri. Kerana aku yakin dengan apa yang aku lakukan akhirnya keputusan yang diumumkan membuatkan aku menangis tanpa henti. Muhasabah diri agar cerita lalu tak berulang lagi. Pada kawan-kawan yang khabarnya nak berputus-asa, renungkanlah tanggungjawab kalian di sini belum selesai, ingat apa yang kita impikan tak kala offer letter berada di tangan sehingga ke hari ini. InsyaAllah semangat itu datang kembali..

aku kuat kerana mereka adalah keluargaku..


Blog ini bukan untuk menagih simpati, sekadar berkongsi pengalaman diri.. agar yang baik di jadikan ingatan yang buruk dijadikan sempadan..


Comments

Hezesuze said…
lorrr kekdahnye yea....xpe sebuah kejayaan itu dpt dicapai bla kita menghadapi kegagalan dulu....huhu

Popular Posts