Review ~


Sinopsis

Dunia Baru The Movie

Filem ini bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah (Ann Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas). Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.



Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa, membuat penonton teruja khasnya pengikut setia siri Dunia Baru - kisah geng kolej paling popular di Malaysia.



Dunia Baru The Movie diadaptasikan dari drama bersirinya, Dunia baru yang kini masuk musim ketiga dan sedang hangat ditayangkan di tv3. Filem yang mengekalkan konsep setia kawan di sebuah pusat pengajian tinggi ini mempunyai mesej yang begitu tinggi dan diharapkan dapat dijadikan teladan bagi para remaja yang sedang menyambung pengajian dikolej-kolej dan universiti betapa besarnya nilai persahabatan itu jika dibandingkan dengan wang ringgit.



Filem ini mengisahkan lima sekawan memulakan penggembaraan mereka ke utara untuk menjejak sahabat mereka Anizah dari kawin lari bersama kekasihnya Fazley. Pelbagai halangan terpaksa mereka harungi sepanjang perjalanan sehingga mereka sempat dimasukkan ke lokap.
Berjayakah pencarian mereka? Mengapakah mereka dimasukkan ke dalam lokap? Dapatkah Anizah diselamatkan?



!!~ after watching this movie... owkayla.. lagipun aku ni mmg suka citer melayu.. tapi dunia baru the movie ni best actually disebabkan adanya watak pembantu seperti pengarah mamat khalid, kamala ( siri puteri ) and seekers crew.. lagi mcm best la. Dari main character plak watak madihah memang kelakar dengan mulut yang pot pet pot pet and gaya nya.. mmg layanz la... so far jalan citer ada yang x masuk akal sket tapi itulah lumrah citer melayu!!~ SO far panggung wayang penuh tu!!~ huhuhu ramai dtg ngan family..al maklumlah cuti sekolah.. enjoy it!!~ citer spartan tu aku x sempat tgk lagi then citer melayu yang pasti HOT this year CONGKAK arahan Ahmad Idham!!~ x sabo nak tgk !!



c ya!!~

Comments

Popular Posts