Hari ke Empat Ramadhan

Lambat 3 hari baru aku mula bercerita disini..

Hari pertama ramadhan, dalam sedar atau tidak kita sebenarnya berpuasa.. Puasa kali ini tidak meriah kerana aku keseorangan di kampus. Kalau dulu roomate, kawan-kawan ramai sekarang ni di blok aku pun ada kurang dari 10 orang..

terawih malam sebelumnya di pavillion, menemani nina dan aiman shopping.. aku hanya menemani mereka. Jam 10malam aku dan nina bertolak ke KLIA menghantar lutfy pulang ke Saudi. Kasihan teman yang seorang ni, orang baru nak berpuasa dia terpaksa pulang ke Saudi..

Hari kedua pula aku di makmal, menyediakan beberapa perkara untuk step terakhir dalam procedure experiment aku. Sedikit penat, kata seorang teman hari kedua biasanya perut sudah terkejut kerana makanan tidak diambil pada siangnya.

di makmal, bergerak kesana kemari memang memenatkan.. sempat berborak dengan kak shidah pasak kpop, kerjaya dan suggestion sambung master kat korea.. interesting~

Ouh hari ni bernasib baik bila seorang teman lab, hafizal nak datang berbuka puasa di bilik aku. At least hari kedua tidak berseorangan time berbuka.


Hari ketiga, kembali berbuka seorang diri.. tapi sepanjang time berbuka sampaila ke saat aku menulis entry ni.. hati aku nervous sangat. Entah apa yang aku fikirkan.. hari ketiga ini aku super letih..

siangnya di lab, masuk stor chemical mencari urea.. macam-macam bau aku dapat. kuar je dari stor memang pening tak ingat..

sepanjang 3 hari ramadhan, cafe mahallah Ali jadi tempat aku beli makanan.. murah dan lauk yang aku nak dah makan ada disitu.

Hari keempat? nak bersahur jap lagi..

sahur aku air masak, biskut chipsmore dan kurma sebijik..

Okeyh.. now perlu berhenti disini.. nak menelefon keluarga di kampung kejut bangun sahur dan juga teman yang entah dimana untuk bangun sahur..

Comments

bukankosong said…
ai wan...

lama tak dtg blog kamu

remember me?
WaN HaQQ said…
bukankosong - aii kurang ingat sebenarnya.. tapi nak tahu gak saper eh?

Popular Posts