Cuci the Musical 2


Pada minggu lalu aku berkesempatan menonton Cuci the Musical 2 di Pentas Panggung Sari Istana Budaya. Tahun ini masuk tahun kedua teater ini dipentaskan dengan beberapa pembaharuan di buat. Menurut teman yang telah menonton teater ini pada musim lalu, dari segi lagu ianya dikekalkan cuma beberapa pendekatan tambahan dibuat sesuai dengan pertukaran pelakon dari musim pertama. Jika dahulu Ac Mizal dan Adibah Noor melakon kan watak C'tan dan Jasey pada kali ini pemenang raja lawak Nabil dan penyanyi Jaclyn Victor pula mengambil alih watak tersebut.






Sebetulnya watak C'tan yang dibawa oleh nabil ini sangat baik, lantas tidak langsung mengingatkan aku kepada pelakon asal musim pertama dahulu. Cuma watak Jasey yang dibawakan oleh Jac masih ada ruang untuk diperbaiki kerana elemen spontan yang ada pada Adibah Noor dahulu lagi menyerlah. Keseluruhan teater ini sangat best dan penonton tidak akan kering gusi dengan lawak yang dilakukan secara spontan ataupun tidak. Rugi siapa tak menonton teater Cuci the Musical 2 kali ini~ Harapnya tahun hadapan ada lagi~




Malam aku ditemani beberapa orang sahabat yang selalu aku sebut dalam blog ini, Aiman, Nina dan Zul. Walaupun ada beberapa kesulitan yang terpaksa ditempuhi salah seorang daripada kami, tapi tetap berjaya datang pada waktunya. Kali pertama aku ke Istana Budaya duduk tiga baris hadapan dari pentas. Sangat teruja, yang penting dapat tengok semua pelakon dengan lebih dekat. Teater pada malam itu juga lebih diingati dengan kehadiran Permaisuri Agong bersama ahli rombongan baginda mencemar duli pada pementasan Cuci the Musical 2 tersebut.





Terima Kasih Korang~


p/s: url blog ini akan ditukar kepada wanhaqq.blogspot.com pada 9 Ogos 2010




Comments

mohad said…
selamat ber blog...
Tak pernah nak ajak kiter.. Mencik!
Diva² main tiket ratus² jer kan ;p

Love,
PojiePooh Abdullah

Popular Posts