i'M dOWn!!

Sedar atau tidak malam ni aku akan kembali ke tempat itu untuk meneruskan cita-cita aku. InsyaAllah biar lambat, akan aku habiskan juga saki baki yang ada. Sebelum cuti aku la orang yang paling excited nak cuti, tapi sekarang ni, aku juga yang nak balik ke tempat itu secepat mungkin..

Cuti kali ini beri aku suatu yang pahit untuk aku telan dan hanya DIA sahaja yang tahu betapa aku sedih dan kecewa. Kenapa selama ni ketika aku demam sakit, tension dengan study, orang ini langsung tidak ambil tahu, tidak juga nak bertanya khabar. Tetapi bila aku tergelincir sedikit, hinanya aku di mata seorang saudara.

Ia tadi terdengar ceritanya pada nenek aku, yang aku mungkin silap dalam baca pasal ubat nenek aku sebab aku tergelincir sedikit in study. Ya Allah, aku tergelincir bukan bermakna aku BODOH!!. Hati aku sedih giler and end up makin cepat aku kemas barang nak balik ke tempat itu.. Makin juga aku merindui seseorang yang jauh pergi tinggalkan aku.

Erm.. entahlah ini sebuah kehidupan yang banyak ceritanya, ada pahit dan manis yang disimpulkan bersama untuk menjadikan kehidupan kita itu lebih indah. Aku terkilan.. aku kecewa.. satu hari nanti bila kertas sekeping itu di tangan.. aku akan framekan dan letak di satu sudut supaya mereka dapat lihat dan malu dengan apa yang mereka katakan pada aku hari ini..

p/s: alhamdulillah ayah, adik-adik dan kawan-kawan masih ada bersama dengan aku..

Comments

Izzat Jonid said…
abe haq, ok ke ni?
WaN HaQQ said…
during that time not so okey..
now i'm okey.. thanks izzat

Popular Posts