Bila Memandu...
Bila memandu pulang ke rumah dari tempat kerja malam-malam, ini selalu aku fikirkan..
Bila nak lihat ayah duk dirumah dan aku pula sara beliau. Kadang-kadang terbit rasa bersalah sebab masih tak mampu nak beri ayah kesenangan. Makin hari makin terlihat garis garis usia yang mula mencorak di kulitnya. Itulah kenapa aku masih berdiri walau jatuh beberapa kali..
Bila nak lihat adik - adik aku berjaya dalam pelajaran dan berjaya mendapatkan perkerjaan dan bijak dalam menguruskan hidup. Okey poyo jap macam aku ni bijak jer uruskan hidup. Cuma terbit rasa bersyukur sebab adik adik aku ni sedikit kompleks tapi tak susah nak memahami mereka. Yang tengah baru lepas temuduga untuk posting cikgu, hopefully dapat seperti yang diharapkan. Yang bongsu baru habis SPM semalam, harapnya semuanya lulus cemerlang. Tidak banyak aku harapkan cuma Allah permudahkanlah jalan kehidupan mereka dan melindungi mereka dari segala bala bencana.
Bila nak ada rumah? Okey ni agak keterlaluan sebabnya aku baru kerja setahun sekarang ni pun menyimpan pun tak mampu lagi cuma harapkan ASB. InsyaAllah target nak settlekan hutang dulu secepat mungkin dan baru menabung.
Bila nak lepak dengan kekawan lagi, bukan tak mahu tetapi ini sebabnya:
- Kadang-kadang aku tak sempat sebabnya aku ni dah kerja tengahari sampai malam. Balik umah dah penat layan kucing aku jap then paling cepat tido jam 12. Paling lewat kol 3 ini pun pasal cerita korea yang tak berkesudahan.
- Bajet, bila bajet aku lari memang tak lah aku nak keluar so biasanya bila kawan ajak lepak aku bagi alasan sibuk atau gi rumah makcik. Sebab aku tahu bila kuar paling sikit hbs rm30 itu pun if aku habis jimatlah.
Since harga barang makin naik maka lagi la berhati-hati dalam beli barang or spending.
Sebenarnya macam-macam aku fikir sudah lumrah jadi anak sulung agaknya, macam macam aku fikir. End up dah sampai rumah.. Naik atas main jap ngan milo dan tengok masterchef episode ulangan.
Hehe k lah melalut pape ntah ni..
Bubye
Comments