Wednesday, 20 November 2013

Kerja oh Kerja

Tetiba duk sibuk buat kerja dapat idea nak pos entri dekat blog ni.

Jap tak sibuk pun tapi menjadi kebiasaan dah, kerja aku tak susah pun cuma perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Jika tidak masuk tanjung rambutan lah jawabnya.

Kalau cakap pasal kerja, jujurnya aku ingat aku tak akan bertahan lama kat sini tapi kalau dah nama rezeki dan ketentuan maka aku di sini dari 29 October 2013 - sehingga sekarang.. Dah setahun sebulan kot kerja dalam tiap tiap hari tu memang nak berhenti. Sejak ada komitmen bulanan maka tak leh nak berhenti macam tu jer. Kena cari kerja, dapatkan dulu baru leh berhenti. Bila? Entah usaha dan tawakkal moga ada yang terbaik untuk aku nanti.

Kerja perlu sebab masih banyak hutang perlu dilangsaikan. InsyaAllah by mid next year aku usahakan untuk settle semua hutang. Acane tu, ntahlah.. tapi insyaAllah akan cuba sedaya upaya.

Ouh kembali pada kerja yang aku lakukan sekarang, kerja simple tapi layan karenah manusia memang perlukan kesabaran lagi lagi kalau manusia yang sangat kiasu.. Tapi dalam pada melayan karenah manusia tu ianya mengajar aku untuk jadi lagi bersabar dan be right at the first time. Kadang-kadang seronok, tapi kadang-kadang tak. Banyaknya tak seronok sebab malas layan customer yang totally kiasu. Hahaha.

... Ok xtahu nak bebel aper dah. Ok lah berehat sebentar..

No comments: