Rezeki ada atau Tidak
Rezeki... Kalau dah tertulis itu rezeki kita maka ianya rezeki kita, kalau ianya bukan rezeki kita buat lah macam mana pun tetap bukan rezeki kita.. Hanya DIA tahu apa yang terbaik buat kita hambanya.. Sejak tiada lagi OT maka hidup aku pun juga diuji dengan ujian tersendiri buat aku terduduk hanya termenung mengenangkan banyak komitmen perlu aku selesaikan. Kerana sudah termaktub dalam perjanjian dengan pihak bank maka yang perlu aku selesaikan dengan segera aku segerakan.. selebihnya aku ambil masa. aku berkongsi disini sebab ada yang bertanya kenapa dan mengapa dan aku penat nak jelaskan satu persatu. Adakalanya bila aku bercerita apa yang aku lalui, katanya alasan. Maka aku berdiam jika itu lebih menyenangkan..